Hari ini 5 Mei 2014 bersamaan dengan 5 Rejab 1435H. Tiada apa yang menarik mengenai hari ini. Hari ini tercetus satu idea untuk mengarang sebuah sajak yang diilhamkan dari alam yang indah ciptaan Illahi.
KEAGUNGAN-MU
Alam ini,
Hak milik-Mu;
Aku hanya hamba-Mu,
Hamba yang menumpang di alam ini.
Engkau menguasai seluruh alam ini,
Aku hanya mampu bersyukur kepada-Mu;
Kerana Engkau membiarkanku menerokai alam ini,
Aku hanya mampu berserah kepada-Mu.
Ya Allah,
Kepada-Mu aku menyembah;
Kepada-Mu aku memohon pertolongan,
Kerana Engkaulah Yang Maha Agung
Nurkilan:-
Tigermalay87
5 Mei 2014
5 Rejab 1435H
Isnin
No comments:
Post a Comment