Sunday, December 11, 2011
cabaran hati
malam ini 11 disember 2011 aku mencabar diriku dalam satu permainan secara online. permainan tu RM1,000,000 moneydrop. wow! malam yang penuh bertuah bagiku kerana berjaya menjawab 2 soalan sahaja dengan wang yang masih lagi RM1,000,000. aku harap minggu depan adalah minggu yang lebih baik lagi.
Labels:
cabar-mencabar
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Monday, December 5, 2011
ASYURA
Hari ini 06 Disember 2011 bersamaan dengan 10 Muharam 1433H. Apa yang menarik hari ini adalah hari Asyura. Sejak semalam umat Islam disunatkan untuk berpuasa. Ramai yang tidak mengetahui apakah peristiwa pada hari ini. Yang pastinya ramai yang tahu. hari ini 10 Muharam dalam kelendar Islam adalah hari yang penuh dengan sejarah kerana pada hari ini semua nabi dan rasul terselamat dari malapetaka. Antaranya, Nabi Nuh terselamat dari banjir besar. Selain itu juga Cerita Nabi Musa terselamat dari Firaun. Semuanya berlaku pada 10 Muharam. Ingat-ingatlah peristiwa bersejarah bagi umat Islam ini.
Labels:
Ingat-Ingatlah
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Sunday, December 4, 2011
Rintihan hati
Kita tak harusnya alpa dengan keadaan sekeliling. Kita haruslah menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini merupakan kehidupan sementara kita. Kealpaan kita akan menyebabkan kita leka dengan mainan mata. Kita leka dengan permainan alam yang pastinya merubah kehidupan kita. Jadi, renung-renunglah dan fikir-fikirlah.
Labels:
Renung-Renunglah
Location:
Saratok, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)