Wednesday, November 30, 2011

AKHIR

Hari ini 1 Disember 2011. Disember adalah bulan terakhir. Dalam 30 hari lagi barulah mencukupi 365 hari pada tahun 2011. Sekejap saja masa berlalu yang pastinya umur dunia ini semakin tua. Di saat terakhir ini aku semak semua segala yang ku alami pada tahun 2011.

Saturday, November 26, 2011

Bicara Hati

Hari ini 27 November 2011. Ada apa dengan tarikh ini? Mesti ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada tarikh ini. Bila buka saja kalendar Islam maka sudah tentunya ada perkara yang berlaku. Ini kerana, pada hari ini adalah Hari pertama pada tahun 1433H. iaitu 1 Muharam 1433H. Hari ini adalah hari pertama pada bulan Muharam (bulan pertama) dalam kalendar Islam. Hari ini mempunyai pelbagai kisah penghijrahan Nabi Muhammad. Antaranya adalah penghijrahan Nabi dari Kota Makkah ke Kota Madinah bagi menyebarkan ajaran Islam.

Tuesday, November 22, 2011

Begitulah kisahnya

Hari ini aku ungkapkan sebagai hari yang begitu berharga bagi sesiapa sahaja yang merasainya. Aku tidak pasti kepada hari yang tidak seberapa ini berharga. Yang nyatanya aku menghargai hari ini. Jelas sekali segala yang aku miliki tidak sempurna. Pelbagai halangan yang aku hadapi bagi menghidupkan hari ini telahku sempurnakan dengan nyata. Akan aku tunggu hari esok menjelang tiba.

Monday, November 21, 2011

PEMBUKAAN HATI

Bilaku renung sedalam-dalamnya, maka wujudlah satu perasaan yang pasti mengungkai segala-galanya. yang pastinya aku tidak tahu apakah maknanya. Jari-jemariku menari-nari mengukir kata-kata menyusun ayat-ayat mengungkai segala-gala rahsia. Adakah aku bijak mencipta dunia khayalanku sendiri? Adakah aku mampu mewujudkan watak-watak dalam dunia itu? Setiap persoalan aku ungkai menjadi satu takhta dalam hati.